Wahhhhhh Marie Kondo merata-rata!
Clap! Clap!
Ada yang suka, tak kurang juga ada yang tak boleh ikut. Kat dalam dunia ni ada banyak cara nak kemas rumah. Rumah lain-lain, manusia dalam rumah pun perangai macam ragam. Pilih dan ikut kaedah yang bersesuaian dengan kita. Ada cara Marie Kondo, ada cara minimalist, dan seribu satu lagi cara nak lipat dan simpan baju. Kalau semua cara tak kena dengan jiwa, sudah sampai masanya kau terima jelah yang kau memang kaki sepah. Marie ke, Senah ke, semua tak boleh nak tolong dah.
Halah halahhhh gurau je.

Bagi aku, cara Marie Kondo ada uniknya. Mula-mula agak sakit mata tengok cara dia lipat baju. Boleh konyok-konyok kat belah dalam, TETAPI, dia bukan ajar untuk jadi ‘perfectionist’. Dia ajar kaedah yang mudah dan semua orang boleh ikut. Kalau dia suruh kau lipat baju perfect bucu 90 darjah, tercucuk pun sakit, jawabnya raya tahun depan baru siap. Jadi kita ikut kesesuaian masing-masing. Kalau rasa suka nak cakap dengan kasut, “Thank you for your wonderful service..”, silalah buat. Tak ada siapa nak kecam. Kalau rasa macam orang gila, tidak mengapa, sila lambung sahaja kasut itu.
Jangan risau. Kasut tu takkan buat karangan sedih ‘Aku sepasang kasut’.
Dan aku suka cara dia hormat perasaan client dia. Dia tahu setiap barang-barang tu berharga dan dia beri ruang dan masa untuk tuan barang fikir apa yang terbaik. Waktu aku kemas bilik anak-anak cuti hari tu pun aku buat benda yang sama. Aku angkat setiap satu barang dan tanya mereka ni barang apa, datang dari mana, kenapa nak simpan. Walaupun dalam hati aku rasa nak buang semua, tapi kalau aku tengok mereka sayang sangat barang tu, aku bagi mereka simpan di dalam satu kotak khas yang aku tak nampak. Yang lain buang! Buang! Jual! Jual!
Muahahahaha!
Yup, aku masih kejam.
I know.
Aku tak pernah mengaku aku ni OCD, perfectionist, neat freak dan segala nama lain. Bila orang cakap aku macam tu aku senyum jelah. Naga jadian aku bagi sendiri. Aku cuma ada cara aku sendiri untuk ‘hidup’. Ada yang minta aku buat video tutorial cara aku kemas rumah, lipat baju, uruskan kewangan keluarga dan sebagainya. Takpelah kot. Aku penyegan. Tunggu muka aku bertukar comel insya Allah aku tak buat jugak.
Keh keh.
Untuk permulaan mungkin aku boleh kongsikan cara-cara aku buat semua benda tu melalui penulisan. Selama ni pun aku memang ada kongsikan sikit-sikit. Aku kan suka mengarut.
Memandangkan sekarang semua tengah sibuk ‘Kondo-ing’, insya Allah aku akan kongsikan cara aku pastikan barang-barang tak banyak masuk dalam rumah Jepun yang memang sedia kecil ni sebab kita semua tahu proses nak mengemas dan membuang itu sangatlah memenatkan.
Jadi,
lebih baik cegah dari tergolek pengsan nak kemas kan? Dah penat berKondo tu, jadi kenalah pastikan usaha itu berterusan.
Apa yang aku bakal kongsi lepas ni hanyalah cara aku. Kalau rasa suka, ikut. Tak suka, boleh cari cara lain yang sesuai. Aku pun tak ikut semua benda yang dicadangkan.
Ini cara aku. Jangan membawang. Allah SWT dah lama jadikan aku macam ni. Tak terlawan dah. Might as well just embrace it and spread the psycho to others.
Aku memang pemurah.
Tau jugak tu.
