- Dalam sejarah matawang fiat dunia, sesebuah negara yang mencetak wang secara berleluasa akan berakhir dengan bencana keruntuhan sistem matawang seperti yang berlaku di zaman kerajaan Greek dan Rom.
- Di negara kita juga pernah berlaku ketika zaman pendudukan Jepun di tanah Melayu di mana duit ‘pokok pisang’ dicetak berlebihan hingga berlaku hiperinflasi mengakibatkan kuasa beli duit jatuh teruk dan akhirnya tidak bernilai setelah Jepun menyerah kalah.
- Sebaliknya, krisis matawang tidak berlaku ke atas Amerika walaupun US Dolar bebas dicetak sesuka hati tanpa bersandarkan emas sejak 1971.
- Amerika memanipulasi lambakan duit yang dicetak tanpa kawalan dengan menjadikan US Dolar sebagai matawang dagangan antarabangsa.
- Tindakan bijak Amerika mempromosi US Dolar sebagai medium transaksi antarabangsa membolehkan mereka menukar kertas US Dolar yang pada asalnya tidak bernilai (kerana dicetak tanpa bersandarkan aset fizikal) dengan kekayaan negara-negara lain.
- Lebih menyedihkan apabila matawang negara-negara kecil di dunia termasuk Malaysia adalah terbitan US Dolar kerana aset rizab antarabangsa rasmi negara disimpan dalam matawang US Dolar.
- Jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia yang mengakibatkan matawang US Dolar runtuh, negara-negara kecil yang menjadikan US Dolar sebagai rizab terbesar negara seperti Malaysia akan terkesan dan aset negara yang diharapkan untuk memberi perlindungan akan terancam.
- Dengan ancaman bencana kewangan yang berpotensi untuk berlaku, adakah selamat untuk terus membiarkan aset kita bersandarkan matawang kertas?

