EMAS SEBAGAI ‘WEALTH PROTECTION’

  • Sejak pencabulan ke atas Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971, Amerika ghairah mempromosikan duit kertas mereka sebagai matawang dunia.
  • Di satu sisi, Amerika memperlihatkan kepada dunia bagaimana mereka menidakkan kebenaran emas sebagai matawang sebenar, tetapi di sisi lain Amerika menjadikan emas sebagai aset rizab terbesar negara.
  • Malah satu muslihat yang tidak diketahui ramai iaitu Amerika sebenarnya merupakan pemilik emas terbesar dunia di saat ini.
  • Begitu juga dengan negara-negara kuasa besar dunia seperti Jerman, Itali, Perancis, Rusia, China, Jepun dan lain-lain negara yang menyimpan emas sebagai aset rizab rasmi negara mereka.
  • Lebih menyedihkan apabila tidak banyak negara-negara Islam tergolong di dalam pemilik emas terbesar dunia sedangkan emas merupakan matawang utama di zaman tamadun Islam dahulu.
  • Mengapakah para pencatur ekonomi dunia ini menjadikan emas sebagai aset rizab terbesar negara, sebaliknya negara-negara kecil seperti Malaysia menjadikan matawang asing seperti US Dolar sebagai aset pilihan?
  • Fakta utama ialah mereka memahami bahawa matawang kertas adalah terbitan manusia yang sangat rapuh dan tidak kekal sifatnya kerana nilainya sentiasa berubah-ubah dan bergantung sepenuhnya kepada kekukuhan ekonomi semasa.
  • Sekiranya berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia, negara-negara kecil yang bersandarkan US Dolar sebagai aset akan berdepan dengan ancaman krisis ekonomi.
  • Sedangkan negara-negara kuasa besar yang menyimpan emas sebagai rizab tidak akan terkesan kerana emas adalah matawang sebenar yang menyimpan nilai dan berfungsi sebagai ‘Wealth Protection’ ataupun Pelindung Kekayaan.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.