NILAI DUIT DITENTUKAN OLEH KERAJAAN
- Di atas setiap wang kertas Ringgit Malaysia ada tertulis perkataan ‘WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI’.
- Ini merupakan jaminan oleh kerajaan Malaysia yang memaksa sesuatu nilai tersimpan di dalam setiap helaian kertas tersebut.
- Kertas itu sendiri tiada nilai intrinsik (nilai semulajadi) yang terkandung di dalamnya, tetapi menjadi berharga apabila kerajaan meletakkan nilai ke atasnya.
- Jika kerajaan mengisytihar untuk menghentikan penggunaan maka nilainya akan lupus, seperti yang berlaku ke atas duit syiling satu ringgit dan beberapa not kertas lain suatu ketika dahulu.
- Jaminan kerajaan juga bergantung langsung kepada kestabilan politik dan ekonomi negara dan sekiranya berlaku gangguan terhadap keduanya, jaminan boleh musnah dan nilai wang kertas itu boleh lupus, seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah yang bergolak mengakibatkan nilai matawang negara hilang begitu sahaja.
- Beberapa pra-syarat lain bagi mengesahkan jaminan kerajaan merangkumi penggunaan hanya sah laku di dalam negara sahaja, kondisi kertas yang tidak rosak, diconteng atau koyak dimakan anai-anai.
- Walaupun wang kertas itu kita miliki, hakikatnya kekayaan sebenar bukan berada di tangan kita seratus peratus.

