
2019 cukup 10 tahun aku dan anak-anak di tanah matahari terbit ini. 10 tahun juga aku bergelar ‘house manager’. More to director actually. Aku yang kerja, aku yang naikkan pangkat. Dan tahun ni tahun yang agak pedih menusuk jantung sebab tahun ni tahun terakhir umur aku berpangkal ‘3’. Lepas ni dia akan mula dengan ‘2’. Aku kan Benjamin Button.
Asalkan kau bahagia Tipah.
Anak-anak pun dah besar, dah pandai tunggang langgang sendiri. Walaupun tidaklah aku ada ‘all the time in the world’ tapi aku dah mula ada masa untuk aku mulakan sesuatu dan kali ni harapnya dihabiskan. Si Jaja ni memang selalu je ada idea baru nak buat. Sejenis tak duduk diam. Tak cukup dengan selambak benda dalam kepala, cari pasal. Tapi semua benda dia mulakan, lepas tu biar bersepah tepi jalan Ezzy kutipkan.
Nasiblah.
Blog lama tu dah banyak post yang hilang tanpa kesan. Hanginlah jugak. Jadi aku rasa nak cuba pakai WordPress pulak. Jangan yang ni pun buat perangai sudah. Cerita-cerita dalam blog lama banyak yang aku dah pindahkan ke dalam buku. Plannya macam itulah. 10 tahun punya cerita huru hara besarkan anak 3 orang dikumpulkan dalam satu buku. Kalau umur panjang, lagi 10 tahun kita buat satu lagi buku.
Ceh.
Satu buku pun tak nampak lagi bayang dah mengarut pasal buku nombor 2. Eh, buku dah adalah. Tinggal nak cari tajuk je.
Itu penipuan pertama aku untuk 2019 ini.
Sabarlahhhhh.
Nak buatlah ni.

Kazoku (家族) tu bahasa Jepun yang maksudnya ‘family’. EZ tu gabungan nama Ezzy Ismail dengan bini. Siapa tah nama bini dia. Maka jadilah,
EZ Kazoku.
Macam bunyi gangster kan? Ala-ala yakuza gittewww. Tapikan, bini Ezzy tu memang gangster pun. Tak padan dengan ketinggian, kerja nak kejar orang je. Siapa usik anak dia, pagi-pagi dah tunggu tepi pagar sekolah. Gaduh dengan orang Jepun cakap Melayu.
Keh keh.
Soooo, diharapkan blog baru ini akan memberikan semangat baru untuk aku lebih mengarut. Aku berjanji tak akan buat perangai bela labah-labah dan sawang macam blog lama dulu. Ini adalah disebabkan faktor-faktor tertentu iaitu,
yang ni Ezzy bayar.
Confirm dia akan lastik dahi aku.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari syaitonnn.


