KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA
- Semasa Krisis Kewangan Asia berlaku pada awal tahun 1998, nilai Ringgit Malaysia telah jatuh lebih 50% dalam tempoh yang singkat.
- Kesan dari kadar tukaran matawang asing yang lemah, harga barangan import telah naik mendadak mengakibatkan harga barang keperluan asas di dalam pasaran melambung tinggi.
- Kadar inflasi yang melonjak dalam negara telah menyebabkan kuasa beli Ringgit Malaysia jatuh teruk.
- Sekiranya kita memiliki wang simpanan RM10,000 ketika itu, kuasa beli duit telah berubah menjadi separuh nilai dalam sekelip mata walaupun angka pada RM10,000 masih kekal sama.
- Antara kesan lain akibat dari kegawatan ekonomi itu ialah kos untuk bercuti ke luar negara bertambah berlipat kali ganda.
- Malah bermula tahun 1998 dan beberapa tahun berikutnya, kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan penajaan pelajar ke luar negara kerana kos yang meningkat secara mendadak.





